1 Laksa Ikan Sekoq
Negeri utara memang terkenal dengan kepelbagaian laksa. Setiap laksa ada kelebihan yang tersendiri. Kalau di Kedah, kuah laksa sering dibuat menggunakan ikan termenung (kembung) atau ikan selayang.
Kat kedai Laksa Ikan Sekoq ini, pelanggan akan dihidangkan laksa beserta seekor ikan. Kalau nak tambah telur sebiji pun boleh. Kalau anda makan laksa ikan sekoq, anda boleh tambah makan secara percuma. Biaq betui? Ha betui la. Kat Alor Setar saja ada kedai macam ni.

2 Awi Pulut
Orang utara memang suka makan pulut. Segala macam jenis lauk boleh dimakan dengan pulut. Jika di gerai Awi Pulut yang terletak di belakang Bank Rakyat cawangan Alor Setar ini, anda boleh menikmati pulut manis ataupun savuri. Macam-macam menu pulut yang ada antaranya pulut durian, pulut kahwin, pulut ayam, pulut kuning dan pulut mangga.
Selain itu, gerai ini juga ada menjual menu istimewa iaitu nasi ayam berempah dan nasi ayam percik untuk mereka yang mahukan menu yang lebih berat.

3 Bite Cafe

Lokasi kafe yang sangat strategik ini memang menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Kota Setar. Kafe ini terletak berhampiran dengan Masjid Zahir, Balai Seni, Balai Nobat dan Istana Kuning Kedah. Menu di sini pula menawarkan hidangan makanan barat dengan konsep santai chillax sambil mengunyah.
Dengar cerita meatball dia sedap mengalahkan bebola daging dari Sweden sendiri!

4 Restoran Mikamal
Kalau datang belah utara dan tak pekena mee rebus, pasembor dan nasi kandar, memang tak lengkap lagi perjalanan anda. Di restoran ini juga terdapat hidangan ala barat seperti chicken chop, sizzling steak dan sebagainya.
Mee abu, mee rebus, mee goreng di sini memang sedap! Nasi kandar pun rasa original Penang.
No comments:
Post a Comment