Monday, 29 May 2017

TUJU SELIPAR
Permainan 'tuju selipar', memori indah zaman kanak-kanak
tuju selipar
Pemainan tuju selipar
Bagi kanak-kanak era 2000- an mungkin ada yang tidak kenal dengan beberapa permainan tradisi zaman kanak- kanak era 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an.

Malah, tidak keterlaluan jika penulis katakan kanak-kanak era 90-an yang menetap di bandar juga mungkin ada yang tidak tahu apa itu permainan tuju selipar, baling tin, galah panjang, toi, konda kondi, rounders, police and thieves, zero point, lastik dan banyak lagi.
Berkesempatan memainkan permainan itu semula baru-baru ini ketika mengadakan reunion Sekolah Menengah Teknik Temerloh 2002, menggamit memori menusuk hati, terasa seperti ingin kembali ke zaman kanak-kanak semula.
Bunyinya unik, mudah diingati dan dibayangkan. Sebagai contoh tuju selipar, sebut sahaja namanya, mesti anda sudah bayangkan permainan apakah itu yang tentunya menggunakan selipar sebagai objek permainan.
Tergolek-golek pun tak kisah

Kanak-kanak zaman dahulu dipenuhi dengan pendedahan segala bentuk keberanian baik dari segi mental dan emosi, malah aktiviti lasak yang dijadikan permainan juga merupakan salah satu pendidikan yang mencorakkan kecekalan ketika dewasa.
Lihat sahaja permainan tuju selipar. Tiga selipar didirikan membentuk tugu segi tiga atau piramid. Dua pasukan dikehendaki bermain permainan ini di mana satu pasukan akan mengawal tugu, manakala satu lagi akan membaling tugu itu dengan satu selipar lain.
Sebaik sahaja tugu runtuh, pasukan penjaga akan bertindak mengawal persekitaran agar pasukan yang menjatuhkan tugu itu tidak berjaya mendirikannya semula.
Jika berjaya, mereka dikira sebagai pemenang. Begitulah prosesnya yang diulang-ulang sehingga semua pemain keletihan.
"Kalau zaman dulu-dulu, selagi tidak maghrib, kami tak berhenti main.Permainan dulu memang kasar, tapi seronok dan sihat.

Jatuh tergolek- golek pun tidak kisah asalkan puas,” kata Shahafizal Ahmad Zamri, 28, bertindak sebagai ketua pasukan lawan.
Rapatkan hubungan

Menariknya dalam permainan ini, memerlukan kecekalan, tenaga, tekad dan keberanian, kerana pasukan yang mengawal akan membaling anda dengan selipar juga untuk elak anda mara. Memang sakit! Tapi itu lah warna-warni permainan ini.
Jika anda tidak berani berdepan rasa sakit akibat dibaling selipar oleh pasukan lawan, anda tidak akan mara dan kalah; jika berani, nekad dan cekal, anda lah bergelar juara!
“Keseronokan permainan ini tak dapat digambarkan. Bersorak dan menjerit bersama dapat merapatkan hubungan.
Kalau kita compare permainan era sekarang, permainan dulu-dulu lebih menerapkan semangat berpasukan.
"Saya mula main permainan ni sejak darjah satu. Aktiviti paling popular di kampung. Sekarang dah besar susah nak main. Mana nak dapat geng dah besar panjang macam ni! Permainan legend! Jadi bila buat reunion atau jumpa kawan-kawan sezaman memang ini lah permainan cadangan," sambungnya lagi ketika sama-sama mengimbau kenangan silam itu.

BALING TIN

CARA BERMAIN PERMAINAN BALING TIN

Permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin kosong dari bahagian bawahnya dengan susunan empat, tiga, dua dan satu. Pemain pula dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan pelontar.

Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan wakil pasukan akan melontar bola mengenai susunan tin. Sekiranya tin itu jatuh, pasukan pelontar akan lari untuk mengelak balingan dari pasukan penyerang.




Dalam masa yang sama, pasukan pelontar harus menyusun semula tin yang berselerak ke susunan asal. Sekiranya berjaya menyusun tin tersebut, maka kumpulan pelontar mendapat satu mata. Selepas itu, permainan dimainkan semula.

Namun sekiranya kumpulan penyerang berjaya membaling bola ke arah anggota badan pasukan pelontar, maka orang yang terkena balingan itu akan dikira mati.

TUJU GULI

Sejarah dan asal usul guli

Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.
Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang diadun dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki.
Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli. Guli yang digunakan sekarang diperbuat daripada kaca.
Gelanggang:
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah yang berukuran garis pusat 1m.
Sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dilekukkan di tengah-tengah bulatan.
Tanah dilekukkan dengan menghentakkan tumit kaki ke tanah.
Lubang tersebut dinamakan lubang induk.
Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada bulatan besar tersebut.
Garisan ini adalah penanda mula tempat permainan

No comments:

Post a Comment